Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah
memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda
itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut
dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah
dan azab yang pedih..
Tapi
sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan
betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak
sekian lama terhadap lelaki tersebut.
Wanita itu berkata pada
pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan
pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu
kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan
perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”
Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi
bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan
kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air,
tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan
jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan
keluar.
Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh
badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada
aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku
lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”
Apabila
pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah
menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan
wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu
menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan
segera.
Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam
perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah
membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak
pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.
Setelah
selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah
tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila
ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya
dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah
dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan
bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di
kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..
Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis
dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu
tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda
walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^
Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..
Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.
Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”
Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.
Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”
Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.
Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.
Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..
Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^